sahabat handal

Berita terkini....

Di buka kembali...Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya-019 4736320
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Apom dot dot

Sebenarnya dah pernah buat apom dot dot ni tapi baru-baru ni teringin nak makan jadi apa lagi jom kita buat..




ni resepinya...







3 biji telur A (Dalam peti sejuk)

275gm tepung gandum

220 gm gula halus

150 gm susu segar

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovellete

Pewarna ikut suka hati

filling ikut suka hati

Cara


Pukul telur,gula & ovellete sampai kembang

Masuk tepung selang seli dengan susu

Ambil sedikit adunan untuk buat dot

Selebihnya letak warna yang kita inginkan...



Kukus dalam 10 min





Dah siap pun....




Inilah hasilnya apom yang siap cuma buat rasa strawberry...




Bagi yang nak order boleh je anda boleh pilih perisa @ inti (filling)

Saturday, April 2, 2011

Kek Alunan Kasih


Rasa teruja untuk mencuba kek ni yang tengah popular di kalangan peminat Kongsi Resepi di fb akibat rasa teruja tu lupa le pula yang warna koko tu nampak tak contra dengan garisan koko..sepatutnya warna lain baru nampak alunannya..apapun terima kasih pada tuan punya resepi....



Kek Alunan Kasih


5 biji telur

250gm butter

1 1/2 cwn gula halus

2 1/2 cwn tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1/2 cwn susu cair

1 sudu teh esen vanilla

serbuk koko secukupnya & penapis kecil


Cara :


Pukul butter & gula hingga kembang

masukkan telur sebiji demi sebiji

kemudian masukkan susu cair

bubuh esen

tepung gandum diayak bersama baking powder kemudian masukkan dalam adunan


Bahagi kepada 3 bahagia

(contoh merah, biru, hijau)


Mula masukkan 1 bahagian merah bagi rata dalam acuan

Ambil koko tuang atas penapis kecil sikit.. ayak atas adunan sampai tertutup

Ulang warna biru & hijau


Bakar selama 40 min pada suhu 170c


Selamat mencuba....