sahabat handal

Berita terkini....

Di buka kembali...Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya-019 4736320

Friday, September 30, 2011

Kelas Biskut AIM

Pada hari khamis yang lepas saya telah terpilih untuk menghadiri kelas biskut yang di anjurkan oleh AIM di Taman Saga Kulim... Pn Ainun mengajar cara yang betul membuat shortbread

Cara yang betul buat shortbread



Kumpulan sebelah..


Buat jangan tak buat...

Tengah asyik membuat biskut

Dalam dok tengah buat biskut sempat lagi kumpulan kami bergambar dengan Pn Ainun


Tu dia hasil tunjuk ajar Pn Ainun 4 jenis biskut kita mula dengan biskut cip coklat, shortbread, biskut cornflakes & Almond cookies...


Sebelum berakhir kelas kenalah tangkap gambar dulu ye tak.. untuk kenangan...

Kata - kata akhir oleh Tuan rumah Kak na terhadap peserta yang hadir sambil di perhati oleh Pn Ainun dan PC Roslan..

Emm..lamanya tak singgah kat sini....


Memandang keadaan cuaca yang tak menentu kat Kulim ni kejap panas & hujan ..apalagi badan ni pun kejap deman lepas tu selsema pula..ubat pun dah makan kadang - kadang nak baik tu lambat sikit mana dengan sakit gastrik lagi...boleh tahan juga bila nak telan ubat ...apapun sekarang ni dah semakin sihat syukur padaNYA kerana permudahkan segala urusan...

Thursday, September 15, 2011

Apom dot dot

Sebenarnya dah pernah buat apom dot dot ni tapi baru-baru ni teringin nak makan jadi apa lagi jom kita buat..




ni resepinya...







3 biji telur A (Dalam peti sejuk)

275gm tepung gandum

220 gm gula halus

150 gm susu segar

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovellete

Pewarna ikut suka hati

filling ikut suka hati

Cara


Pukul telur,gula & ovellete sampai kembang

Masuk tepung selang seli dengan susu

Ambil sedikit adunan untuk buat dot

Selebihnya letak warna yang kita inginkan...



Kukus dalam 10 min





Dah siap pun....




Inilah hasilnya apom yang siap cuma buat rasa strawberry...




Bagi yang nak order boleh je anda boleh pilih perisa @ inti (filling)

Tempahan di buka....

Setelah sekian lama bercuti kini Sweet Doorgift di buka semula..setelah anak selesai dengan UPSRnya hanya anak sulung PMR bulan 11 ni...Segala pertanyaan boleh sms @ mail je tak pun call...

Imah

019 4736320