sahabat handal

Berita terkini....

Di buka kembali...Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya-019 4736320
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Kek butter...

Kek butter kali ni di tempah oleh Pn Liza juga untuk harijadi anak ke 2nya..harap liza puashati ...

Saturday, April 2, 2011

Kek Alunan Kasih


Rasa teruja untuk mencuba kek ni yang tengah popular di kalangan peminat Kongsi Resepi di fb akibat rasa teruja tu lupa le pula yang warna koko tu nampak tak contra dengan garisan koko..sepatutnya warna lain baru nampak alunannya..apapun terima kasih pada tuan punya resepi....



Kek Alunan Kasih


5 biji telur

250gm butter

1 1/2 cwn gula halus

2 1/2 cwn tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1/2 cwn susu cair

1 sudu teh esen vanilla

serbuk koko secukupnya & penapis kecil


Cara :


Pukul butter & gula hingga kembang

masukkan telur sebiji demi sebiji

kemudian masukkan susu cair

bubuh esen

tepung gandum diayak bersama baking powder kemudian masukkan dalam adunan


Bahagi kepada 3 bahagia

(contoh merah, biru, hijau)


Mula masukkan 1 bahagian merah bagi rata dalam acuan

Ambil koko tuang atas penapis kecil sikit.. ayak atas adunan sampai tertutup

Ulang warna biru & hijau


Bakar selama 40 min pada suhu 170c


Selamat mencuba....

Monday, March 7, 2011

Kek Harijadi...


Kek fondant kali ni di tempah oleh Cik Lalita dari Kuala Lumpur untuk anak kawannya di Taman Selasih, kulim. Segala urusan melalui telephone je...Seperti yang yang dijanjikan kami jumpa kat Giant Kulim..apapun terima kasih Lalita sebab sudi tempah dengan saya...

Wednesday, February 23, 2011

Cubaan pertama...

Emm..akhirnya dapat juga buat deco black forest ni...memandang hari ni anak- anak balik lambat jadi awal pagi tadi masak kek...telephone Cik Imah ajak datang rumah ajak main deco2..
Jadi inilah hasilnya...

Kek yang dah siap dipotong...petang ni makan kek le pula...

Wednesday, February 16, 2011

Jamuan Perpisahan Cikgu Zurina

Nampaknya boleh cerita je lah gambar tak dapat ambil sebab belum ada rezeki beli yang baru...
kebetulan anak @ kawannya pun tak dapat ambil gambar sebab jamuan ni buat lepas habis latihan KRS kat SMTS..

Jamuan ni untuk Cikgu Zurina yang akan bertukar ke Alor Setar..KRS order kek moist dgn buttercream & brownies...harap berpuas hati ye..

Saturday, June 5, 2010

Kek coklat moist


Kali ni kek ni di tempah oleh kak rose utk bawa blk kg kat Taiping..apapun tima ksh kak rose..


Tuesday, February 23, 2010


Kek Coklat Moist ni pula di order oleh kak fauziah untuk dimakan bersama dengan anaknya yang balik bercuti..tercair pula toppingnya..maaf ye kak