sahabat handal

Berita terkini....

Di buka kembali...Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya-019 4736320

Saturday, April 2, 2011

Kek Alunan Kasih


Rasa teruja untuk mencuba kek ni yang tengah popular di kalangan peminat Kongsi Resepi di fb akibat rasa teruja tu lupa le pula yang warna koko tu nampak tak contra dengan garisan koko..sepatutnya warna lain baru nampak alunannya..apapun terima kasih pada tuan punya resepi....



Kek Alunan Kasih


5 biji telur

250gm butter

1 1/2 cwn gula halus

2 1/2 cwn tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1/2 cwn susu cair

1 sudu teh esen vanilla

serbuk koko secukupnya & penapis kecil


Cara :


Pukul butter & gula hingga kembang

masukkan telur sebiji demi sebiji

kemudian masukkan susu cair

bubuh esen

tepung gandum diayak bersama baking powder kemudian masukkan dalam adunan


Bahagi kepada 3 bahagia

(contoh merah, biru, hijau)


Mula masukkan 1 bahagian merah bagi rata dalam acuan

Ambil koko tuang atas penapis kecil sikit.. ayak atas adunan sampai tertutup

Ulang warna biru & hijau


Bakar selama 40 min pada suhu 170c


Selamat mencuba....

No comments: