sahabat handal

Berita terkini....

Di buka kembali...Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya-019 4736320

Friday, December 16, 2011

Doorgift biskut Chipmore...

Biskut Chipmore ni untuk majlis berkhatan anak Pn Ramlah yang dok setaman pada hari ahad yang lepas sebanyak 50 pek untuk tetamu yang hadir. Apapun terima kasih ye Ramlah sebab sudi order dengan K imah..


Layan je lah...

Kali ini tempahan oleh Pn Laili untuk majlis pertunangan & harijadi...


Tema hijau untuk majlis pertunangan sementara kek pula kek moist coklat



Sama juga kek coklat moist cuma guna buttercream..apapun terima kasih pada Pn laili atas tempahan ini ...

Sunday, December 11, 2011

Tempahan coklat...

Sebenarnya tempahan ni dah lama... baru sekarang dapat upload maklum lah sentiasa je sibuk kalau tak pun line slow bila nak upload gambar..hari line laju sikit apa lagi..


Tempahan kali ni dari Tokey Kek selaku sifu kek kat kulim ni...berdebar juga al maklumlah bukan calang - calang orang yang order ni...apa pun terima kasih pada kak anis sebab sudi order dengan imah ye..


Penutup coklat...


Pandangan dari dalam coklat sebelum di tutup....

Monday, November 7, 2011

Tempahan Biskut...

Syukur setakat ini permintaan biskut chip mendapat sambutan yang memuaskan..setiap hari ada je tempahan. Walaupun sikit saya terima maklumlah baru nak mencuba bidang biskut...antara tempat yang saya hantar ialah pada rakan2 yang menjual nasi lemak 1 pack RM1.00 ada 6 keping biskut...

Friday, September 30, 2011

Kelas Biskut AIM

Pada hari khamis yang lepas saya telah terpilih untuk menghadiri kelas biskut yang di anjurkan oleh AIM di Taman Saga Kulim... Pn Ainun mengajar cara yang betul membuat shortbread

Cara yang betul buat shortbread



Kumpulan sebelah..


Buat jangan tak buat...

Tengah asyik membuat biskut

Dalam dok tengah buat biskut sempat lagi kumpulan kami bergambar dengan Pn Ainun


Tu dia hasil tunjuk ajar Pn Ainun 4 jenis biskut kita mula dengan biskut cip coklat, shortbread, biskut cornflakes & Almond cookies...


Sebelum berakhir kelas kenalah tangkap gambar dulu ye tak.. untuk kenangan...

Kata - kata akhir oleh Tuan rumah Kak na terhadap peserta yang hadir sambil di perhati oleh Pn Ainun dan PC Roslan..

Emm..lamanya tak singgah kat sini....


Memandang keadaan cuaca yang tak menentu kat Kulim ni kejap panas & hujan ..apalagi badan ni pun kejap deman lepas tu selsema pula..ubat pun dah makan kadang - kadang nak baik tu lambat sikit mana dengan sakit gastrik lagi...boleh tahan juga bila nak telan ubat ...apapun sekarang ni dah semakin sihat syukur padaNYA kerana permudahkan segala urusan...

Thursday, September 15, 2011

Apom dot dot

Sebenarnya dah pernah buat apom dot dot ni tapi baru-baru ni teringin nak makan jadi apa lagi jom kita buat..




ni resepinya...







3 biji telur A (Dalam peti sejuk)

275gm tepung gandum

220 gm gula halus

150 gm susu segar

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovellete

Pewarna ikut suka hati

filling ikut suka hati

Cara


Pukul telur,gula & ovellete sampai kembang

Masuk tepung selang seli dengan susu

Ambil sedikit adunan untuk buat dot

Selebihnya letak warna yang kita inginkan...



Kukus dalam 10 min





Dah siap pun....




Inilah hasilnya apom yang siap cuma buat rasa strawberry...




Bagi yang nak order boleh je anda boleh pilih perisa @ inti (filling)

Tempahan di buka....

Setelah sekian lama bercuti kini Sweet Doorgift di buka semula..setelah anak selesai dengan UPSRnya hanya anak sulung PMR bulan 11 ni...Segala pertanyaan boleh sms @ mail je tak pun call...

Imah

019 4736320

Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Sempena hari yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf andai ada salah & silap pada semua pelanggan saya...dan tak lupa juga pada sahabat semua...semoga semuanya berbahagia di samping keluarga tersayang...


Ini bermakna dari tarikh ini hingga 6/9/2011 saya tidak akan menerima sebarang tempahan...sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 019 4736320 atau melalui FB...

Sunday, August 14, 2011

Brownies marble cheese..

Brownies marble cheese ni order oleh peminat setia cheese Pn Wanie...terima kasih wanie sorry baru sekarang update...


Kek Coklat Moist.



Sebenarnya kek coklat moist ni order sebelum ramadan lagi...oleh Aishah kawan anak untuk makan2 katanya...masa tu pun sibuk cari baju melayu untuk anak2 lelaki maklumlah bukan senang nak cari saiz untuk 3 orang dah tu pula colour nak sama...akhirnya jumpa juga..


Apapun terima kasih ye Aishah..harap berpuas hati...

Friday, July 15, 2011

Coklat mould....

Coklat mould love kali ini di tempah oleh Pn Ramlah yang duduk setaman untuk majlis perkahwinan adiknya sabtu yang lepas...dalam coklat ni boleh di isi 3 biji coklat...terima kasih ye Ramlah sebab order dengan akak ye...

Brownies marble cheese.....


Brownies marble cheese kali ini di tempah oleh kawan suami..lama tak updated sampai nama yang order ni pun lupa nak tanya..apapun terima kasih banyak2 le..sorry lambat bubuh gambar ni...

Thursday, June 23, 2011

Kek Buah...

Kek Buah ni untuk Cikgu Salmah..Apapun terima kasih pada Cikgu sebab masih sudi lagi order lagi dengan saya...harap berpuas hati ye....

Thursday, June 16, 2011

Hantaran Coklat

Hantaran ni di tempah oleh Cikgu Parihah untuk majlis perkahwinan anak perempuannya musim cuti sekolah yang lalu....Terima kasih ye Cikgu...
Pandangan dari dalam sebelum ditutup sebab bekas ni agak terhad...

Cupcakes...

Ini projek musim cuti sekolah yang lalu...baru dapat upload maklumlah bila nak upload kadang2 ambil masa yang agak lama..jadi asyik tangguh je...apapun cupcakes ni di tempah oleh Pn Azura sebanyak 1000biji cupcakes untuk majlis kenduri...



Hanya sempat siap 700 je sebab malam tu elektrik tak ada jadi terpaksa minta tempoh lagi 1 hari nasib baik le Azura faham kalau tak..tak tahu lah..


Balance 300 hantar ke rumah Pn azura harap puas hati...




Extra gift 10box coklat untuk Pn Azura...

Wednesday, June 8, 2011

Coklat lagi...

Ini pula diminta oleh Mimie kawan anak juga nak makan bersama dengan keluarga....



Untuk Amy...makan sendiri atau untuk siapa ye Amy...

Coklat...

Giliran Ain & Ainu pula order..mereka ni kawan anak...apapun terima kasih sebab order dengan makcik ye...

Kek butter...

Kek butter kali ni di tempah oleh Pn Liza juga untuk harijadi anak ke 2nya..harap liza puashati ...

Sunday, June 5, 2011

Muffin...

O.k lah kali ini muffin pula di tempah oleh Pn siti untuk majlis saudaranya di Tmn Bersatu...

Friday, May 20, 2011

Sorry...





Akibat ingin menukar background blog inilah yg terjadi..hilang sudah blog2 yg tukar sama suka & blog yg suka singgah dll...o.k pada yg ada masa blh le tinggal jejak semula..terima kasih byk2 ye..

Thursday, May 19, 2011

Produk terbaru...

Sebenarnya produk ni cuma baru bagi RJchocolate tapi bagi yang lain dah lama ada produk ni..Apapun bagi yang berkenan dengan coklat bentuk love ni boleh le hubungi saya melalui email @sms untuk keterangan lanjut...


Dari hadapan coklat


Dari dalam coklat




Dari dalam bentuk riben..


Dari hadapan coklat bentuk riben...

Wednesday, May 18, 2011

Lolipop..

Tempahan kali ini oleh Miss Doreen..segala urusan hanya melalui mail dan phone saja sebab Doreen masa tu masih bekerja kat Johor..walaupun hanya melalui mail dan phone segalanya berjalan dengan lancar...


Lolipop oreo letak idible image 100 pcs...
(Terima kasih pada Kak Ana sebab tolong print idible image last minute)


Lolipop Daisy 300 pcs pelbagai warna...



Coklat yang dah siap letak riben warna merah




Dah siap cuma tunggu tuannya datang ambil je...

Wednesday, May 4, 2011

Tempahan minggu lepas....

Ini adalah antara tempahan minggu lepas...


Pn Liza dari taman yang sama untuk harijadi anak sulungnya yang sebaya dengan anak perempuan...apapun harap liza berpuas hati..Selamat Hari Jadi Along...



Brownies ni pula di minta oleh seorang kawan kepada Pn wani...maklumlah asyik tag kat wani kawannya pun teringin nak rasa..apapun terima kasih ye Wani sebab tolong kawannya...




Muffin dan kek moist coklat ni pula oleh Cikgu Norliah dari SMKTS. Topping coklat kali ni cair..tak tau mana silap...nampaknya kena cuba resepi lain le pula....Harap cikgu berpuas hati..

Friday, April 22, 2011

Lolipop mould

A


B



C





D


Mould lolipop ni juga Rm5.00 ready stock....

Jadi pada yang berminat boleh email pada saya..