sahabat handal

Berita terkini....

Di buka kembali...Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya-019 4736320

Sunday, February 27, 2011

Kek coklat moist...


Kek coklat moist ni di minta oleh Kak Rose untuk majlis harijadi anak perempuannnya semalam yang ke 9....Athirah. Apapun selamat hari jadi Athirah...harap kak rose dan keluarga berpuas hati le...Dalam kelam kabut lupa ambil gambar yang tulis happy birthday pula...

Thursday, February 24, 2011

Kek Buah


Dah siap dan hantar kek buah ni yang di minta oleh Zaza...apapun terima kasih pada zaza harap puas hati...kek buah ni saiz 9" dalam 1 kilo lebih...

Wednesday, February 23, 2011

Cubaan pertama...

Emm..akhirnya dapat juga buat deco black forest ni...memandang hari ni anak- anak balik lambat jadi awal pagi tadi masak kek...telephone Cik Imah ajak datang rumah ajak main deco2..
Jadi inilah hasilnya...

Kek yang dah siap dipotong...petang ni makan kek le pula...

Saturday, February 19, 2011

Aktiviti kaum ibu...

Antara yang hadir untuk kelas roti & muffin
Ambil angin kat luar sekejap..

Inilah hasilnya roti pelbagai jenis...

Inilah aktiviti minggu lepas kat Tmn minggu lepas..belajar cara buat roti & muffin...Ramai juga yang hadir..apapun terima kasih pada kawan2 yang datang dan juga tuan rumah Puan Halimah..Puan Nadia & En Zul sebab sudi datang mengajar...
Terima kasih Imah sebab sudi berkongsi gambar..

Wednesday, February 16, 2011

Jamuan Perpisahan Cikgu Zurina

Nampaknya boleh cerita je lah gambar tak dapat ambil sebab belum ada rezeki beli yang baru...
kebetulan anak @ kawannya pun tak dapat ambil gambar sebab jamuan ni buat lepas habis latihan KRS kat SMTS..

Jamuan ni untuk Cikgu Zurina yang akan bertukar ke Alor Setar..KRS order kek moist dgn buttercream & brownies...harap berpuas hati ye..

Brownies...


Ini adalah tempahan minggu lepas oleh Pn Wani..walaupun dalam pantang masih setia menyambut harijadi suami yang tersayang...apapun Selamat Hari jadi untuk suami Wani..sorry lambat upload..maklumlah hari sek sibuk dgn anak2..gambar ni pun copy yang dah sedia ada...

Friday, February 11, 2011

Brownies lagi...


Ni juga order dari peminat cheese...masa jumpa ingat nama lepas tu lupa maklumlah bila call panggil kak je..bila nak tulis dalam blog mula le dok fikir nama...
Apapun terima kasih ye kak atas tempahan 5 biji brownies ni..
Sorry gambar tak berapa elok..

Brownies marble cheese & hantaran

Tempahan kali ini oleh pelanggan setia..Cikgu Tini..brownies dgn hantaran coklat tengahnya brownies untuk majlis pertunangan anak saudara di kampung...apapun terima kasih cikgu..gambar tak berapa elok sebab guna handphone je...